04 Julai 2009

PROGRAM BIMBINGAN GURU KEDAP SK SUNGAI PERGAM, KEMAMAN





TARIKH: 08-09 HB. JULAI 2009 HARI : NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:- 1. EN. NORDIN BIN SHAARI 2. HJ. MANSOR BIN CHE KERMA Program bimbingan ini melibatkan En. Nordin bin Shaari selaku Penyelaras KEDAP dan Hj Mansor bin Che Kerma selaku Penyelaras PMPS IPGM KDRI. Pelajar KEDAP di SK Sg Pergam ,Kemaman ialah seramai 25 pelajar berdaftar. Kehadiran pada 08 Julai 2009 ialah 14 orang. Subjek yang dipelajari adalah berdasarkan jadual yang ditetapkan. Pada hari ini, pelajar dewasa KEDAP di sini mempelajari subjek Matematik di bawah bimbingan guru KEDAP iaitu Cikgu Zawawi dan seorang guru lain. Penglibatan amat memberangsangkan dengan semua pelajar mengambil bahagian secara aktif. Penggunaan buku latihan untuk pemantapan kemahiran menulis dan mengira diutamakan. Pensyarah pembimbing bersama penyelaras telah membimbing guru-guru dalam aspek pemantapan pedagogi untuk kelas berkenaan. Antara bimbingan yang diberikan ialah:-

  1. Penggunaan konsep andragogi dalam P&P

  2. Penggunaan lembaran kerja yang lebih sesuai

  3. Penggunaan bahan maujud dalam P&P

  4. Penggunaan tema yang sesuai

  5. Penekanan aspek sahsiah dan nilai murni

  6. Penyerapan aspek keagamaan dalam P&P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.