24 Jun 2009

Latar Belakang Projek Model Pensiangan-Salinatan











Lawatan YB Dato' Hj Razali bin Ismail ke SK Pensiangan

Gagasan idea Projek Pensiangan-Salinatan diilhamkan oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Allahyarham Tan Sri Rafie bin Mamat. Nama model ini diilhamkan sempena lawatan beliau ke SK Pensiangan dan SK Salinatan pada tahun 2003. Pelaksanaan projek ini diteruskan dan dimantapkan oleh Allayarham YB Dato' Haji Razali bin Haji Ismail ketika menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru pada tahun 2003.
Projek Pensiangan-Salinatan dimantapkan lagi dengan siri Lawatan Allahyarham TMP, YB Dato' Haji Razali bin Ismail ke sekolah-sekolah di bawah Projek Pensiangan-Salinatan di Sabah. Laporan daripada 27 buah IPGM yang melaksanakan projek ini menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar bukan sahaja melibatkan guru, bahkan pelajar, ibu bapa serta komuniti setempat.

Sehingga kini penglibatan IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu selaku IPGM angkat melibatkan sekolah-sekolah berikut:-

1. Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Hulu Terengganu, Terengganu
2. Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu
3. Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Pekan, Pahang
4. Sekolah Kebangsaan Bebar, Pekan, Pahang
5. Sekolah Kebangsaan Bandar 2, Pekan, Pahang


" KE ARAH PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.